MUKADIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
إِنّ الْحَمْدَ ِللهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا و مِنْ َسَيّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ . اَللهُمّ صَلّ وَسَلّمْ عَلى مُحَمّدٍ وَعَلى آلِهِ وِأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدّيْن. يَاأَيّهَا الّذَيْنَ آمَنُوْا اتّقُوا اللهَ حَقّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنّ إِلاّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Alhamdulillah, Segala puji dan syukur bagi Allah Yang Maha Pemurah Tuhan sekelian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan dan kekasih kita Muhammad bin Abdullah s.a.w. keluarga baginda yang suci dan bersih serta sahabat beliau yang telah berperanan menyebarkan Islam serta para tabi'in dan tabi' al-tabi'in keseluruhannya hinggalah hari kemudian. Amma Ba'du.

Syukur kehadrat Allah, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, yang telah memberikan hidayah serta taufik, serta memberikan kekuatan dan kesempatan kepada kami untuk membina satu Platform di alam maya untuk menyebarkan serta menyampaikan bahan bahan bacaan untuk diamalkan dan memberi manafaat kepada kehidupan Muslimin. Hakikat sebenarnya, blog ini dicipta ialah hanya untuk koleksi peribadi, tidak lebih daripada itu. Di dalam menghasilkan Platform ini, kami berusaha menyampaikan secara ringkas yang kami cuba rangkumkan pengetahuan yang minima dan memadai berdasarkan kepada sahih dari Nabi s.a.w. Kami tidak menyatakan kami telah mencapai kesempurnaan, kerana sesungguhnya kesempurnaan itu adalah milik Allah semata-mata, namun begitu inilah usaha kami yang tak seberapa. Nabi s.a.w. bersabda "Siapa saja yang menunjukkan pada kebaikan, maka baginya seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu." (HR Muslim). Dan seterusnya bersabda Nabi s.a.w. "Sampaikan dariku walau hanya satu ayat." (HR Bukhari).

‎”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikit-lah orang yang memberi peringatan” -Imam Hasan Al-Basri.

Seiring dengan itu, kami mengharapkan kepada para peminat halaman ini andainya terdapat keraguaan pada penulisan kami ini sila rujuk kepada Asatizah, Alim Ulama serta Orang yang bijak pandai di dalam bidangnya. Jika benar, maka itu adalah dari Allah; namun jika terdapat kesalahan, maka itu dari kami dan Syaitan. Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan kepada kami kekurangan-kekurangan serta kelemahan kami.

Kami juga memohon kehadrat Rabbul Jalil agar setiap orang yang terlibat di dalam platform ini, menyampaikannya serta menyebarkannya agar dikurniakan balasan yang sebaik-baiknya, diterima amal kebaikannya dilipat gandakan pahala mereka dan mendapat sebaik-baik tempat di dunia dan juga akhirat. 

Hanya Kepada Allah kita memohon dan Allah dan Rasulnya lebih mengatahui. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan para sahabatnya. 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ 

Wallahua'lam.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui 

~Bendang Rawa~
26 RabiulAwal 1432H
01 March 2011

~Bendang Rawa~ ,Batu Kurau, Perak