Saturday, October 29, 2011
Friday, October 28, 2011
KEUTAMAAN PUASA DI BULAN DZULHIJJAH
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiada hari yang lebih di cintai Allah untuk membuat sesuatu kebajikan daripada hari-hari ini, iaitu, sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya, Ya Rasulullah, tidak pula dengan berjihad di Jalan Allah? Baginda menjawab, Tidak pula berjihad di jalan Allah, kecuali dia keluar dengan jiwa dan hartanya, kemudian dia tidak kembali lagi.
(H.R Bukhari)
Monday, October 24, 2011
Sepi itu indah
Engkau ...dia menyatakan ditinggalkan begitu saja diselimuti rindu
Dia...kau kirimkan doa dan hanya kenangan bersama menemani SEPI mu
Engkau ...tertutup pintu bicara, tiada senyum tiada tawa lagi, yang ada hanya SEPI
Dia...kini telah menemui mu, dia mencari engkau, pasti kau menjumpai dia
Engkau ... menggigil tubuhmu mendengar dia telah dikhianati, dikecewa, dilukai
Dia.... harapan mu agar yang memilkinya mencurahkan kasih sayang sewajarnya
Engkau..mengalir airmata, kecewa, sedih dan pilu dia diperlakukan begitu
Dia...hanya secebis dari hati yang diminta mu, walau jasadnya pasti kau rindu
Engkau..menanti malam SEPI untuk bersamaNya, bertahajjud,bermunajat
Dia....dipohon pada Rab yang satu semoga dikurniakan JIWA YANG TENANG
Engkau...berdoa seperti saban malam sepanjang SEPI mu itu agar dia antara......
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati
(dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (Al-Fajr 89:27-30)
Percayalah SEPI ITU INDAH......
Friday, October 21, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Aku Bukan Yang Terbaik
”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri ku sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan hanya sedikitlah orang yang memberi peringatan” -Imam Hasan Al-Basri
Saturday, October 8, 2011
Kebersihan Dalam Islam
Ibnu Abbas r.a berkata, "Allah s.w.t. telah menguji Nabi Ibrahim a.s. dengan malaksanakan ibadah. Ada pula riwayat lain dari Ibnu Abbas: Allah menguji Nabi Ibrahim a.s dengan kesucian (kebersihan) lima di bahagian kepala dan lima lagi di badan.
Perkara yang di bahagian kepala ialah:
- Memotong Kumis (misai)
- Berkumur
- Memasukkan air ke dalam hidung
- Bersiwak (menggosok gigi) dan;
- Menyikat Rambut.
Lima di bahagian badan ialah:
- Memotong kuku
- Mencukur bulu kemaluan
- Berkhatan
- Mencabut bulu-bulu ketiak
- Membersihkan sesudah membuang air besar dan air kecil
Abu Hurairah r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda, "Tuntutan fitrah ada lima, berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak," (Muttafa' alaihi - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Labels:
fitrah,
kebersihan,
kesucian
Wednesday, October 5, 2011
Sunday, October 2, 2011
Pembahagian Ilmu
Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Ilmu itu terbahagi kepada dua, pertama ialah ilmu yang meresap ke dalam hati nya dan inilah ilmu yang bermanafaat. Kedua, ilmu yang hanya pada lisan semata-mata, iaitu ilmu yang kosong daripada amalan dan juga ikhlas. Ia akan menjadi hujjah kepada Allah terhadap anak Adam, meskipun dia berpengetahuan namun tidak beramal dengan ilmu yang diketahuinya.
Labels:
Ilmu dan amal
Subscribe to:
Posts (Atom)