Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiada hari yang lebih di cintai Allah untuk membuat sesuatu kebajikan daripada hari-hari ini, iaitu, sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya, Ya Rasulullah, tidak pula dengan berjihad di Jalan Allah? Baginda menjawab, Tidak pula berjihad di jalan Allah, kecuali dia keluar dengan jiwa dan hartanya, kemudian dia tidak kembali lagi.
(H.R Bukhari)