Saturday, March 31, 2012

Kelebihan Kalimah Taiyibah


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah seorang hamba mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga ucapannya mencapai ke Arash dengan syarat orang yang mengucapkannya menghindarkan diri dari dosa-dosa besar. (HR. Tarmizi)


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Perbaharui iman kamu". Para sahabat r.a. bertanya, Wahai Rasulullah s.a.w. bagaimanakah kami memperbaharui iman kami? Baginda s.a.w. bersabda; "Perbanyakkan mengucap kalimah La ilaha illallah" (HR Ahmad,Tabrani dan Al-Targhib)


Daripada Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a. meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda "Barang sesiapa menerima kalimah yang aku sampaikan kepada Pak Cik ku (Abu Talib ketika kematiannya namun ia menolaknya), nescaya kejayaan baginya". (HR Ahmad)

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda " sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah". (HR Tarmizi)



Friday, March 23, 2012

Hadis Qudsi- What Goes Around Comes Around

Berfirman Allah Taala yang bermaksud

Wahai Anak Adam:
Janganlah kamu melaknat makhluk, kerana laknat tersebut akan kembali semula kepadamu.

Wahai Anak Adam:
Telah teguh langit tanpa ada sebatang pun tiang  di angkasa hanya dengan sekadar satu nama sahaja daripada nama nama Ku, tetapi hatimu tidak teguh walau dengan seribu pengajaran daripada kitabKu

Wahai manusia:
Sebagaimana batu tidak akan menjadi lembut didalam air, demikianlah peringatan tidak akan memberi kesan kepada hati yang keras

Wahai Anak Adam:
Bagaimana kamu mengaku bahawa kamu Hamba Allah, tetapi kemudiannya kamu menderhakai Nya?
Bagaimana kamu boleh meyakini bahawa kematian itu benar, sedangkan kamu mengingkarinya?
Kamu mengatakan dengan lidahmu perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya, kerana pada sangkaan mu ia adalah remeh, tetapi di sisi Allah ia adalah besar.

(petikan Hadis Qudsi Kitab imam al Ghazali; al Mawa'iz Fil Ahadis al Qudsiah)


Friday, March 16, 2012

Cintaku pada Mu

Ya Allah
jika aku jatuh cinta
cintakan aku pada seseorang
yang melabuhkan cinta nya padaMu
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai Mu

Ya Muhaimin
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cinta ku padaMu

Ya Rahman 
jika aku jatuh hati
izinkan aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar aku tidak jatuh ke dalam jurang cinta selain Mu

Ya Rabbi
jika aku jatuh hati
jagalah hati ku padanya
agar tidak berpaling dariMu

Ya Rabbul Izzati
jika aku rindu
rindukan aku pada seseorang 
yang rindukan syahid di jalanMu

Ya Allah
jika aku rindu
jagalah rinduku padanya
agar aku tidak lalai merindukan syurga Mu



Wednesday, March 14, 2012

Kelebihan Berselawat ke atas Nabi آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s. telah berkata kepadaku:

Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telaga mu."

Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepala ku sehinggalah Allah s.w.t. mengampun orang itu."

Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ



Friday, March 9, 2012

Hadis Qudsi - Rahsia dan Rahsia

Berfirman Allah Taala yang bermaksud;

Wahai Anak Adam
tidak Aku jadikan kamu sia-sia dan terdinding, Aku tidak lupa, dan Aku sangat mengetahui terhadap hal-halmu. Tidak sesekali kamu memperolehi darjat disisi Ku, melainkan dengan bersabar atas perkara perkara yang kamu tidak sukai semata-mata menuntut keredhaan Ku. Bersabar untuk mentaati Ku, itu lebih mudah daripada bersabar melakukan maksiat, meninggalkan dosa itu lebih mudah bagimu daripada merasai azab neraka. Azab dunia itu lebih ringan bagimu daripada azab akhirat.

Wahai Anak Adam
Setiap dari kamu itu sesat kecuali mereka yang mendapat petunjuk dariKu. Setiap dari kamu itu bersalah, melainkan Aku memeliharanya. Bertaubatlah kepadaKu, nescaya Aku akan mengasihimu,janganlah kamu menyembunyikan sebarang rahsia daripada Tuhan, tidak tersembunyi bagiNya sebarang rahsia.

(petikan Hadis Qudsi Kitab imam al Ghazali; al Mawa'iz Fil Ahadis al Qudsiah)