Friday, February 10, 2012

Hadis Qudsi - Segerakan Taubat

Berfirman Allah Taala yang bermaksud;

Wahai Anak Adam
Janganlah kamu tergolong diantara mereka yang suka melengahkan taubat dan memanjangkan angan-angan
Janganlah kamu mengharapkan kebahagian akhirat tanpa beramal
Memperkatakan perkataan ahli ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik

Sekiranya diberi tidak pernah merasa cukup
Sekiranya tidak memperolehi sesuatu, tidak mahu bersabar
Menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan
Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengan nya
Mengasihi orang soleh, tetapi tidak mahu bersama mereka
Bercakap perkara yang tidak dibuat, buat apa yang tidak disuruh
Minta ditunaikan janji (janji-janji Allah) tetapi dia tidak menunaikan janji (hak-hak Allah)

Wahai Anak Adam
Setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegur mu dengan kata-kata
Wahai Anak Adam, engkau berjalan dipermukaan ku dan setelah itu engkau akan disimpan di dalam perutku, engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada dipermukaan ku, kemudian  ulat akan memakan engkau  didalam perutku

Wahai Anak Adam
Setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegur mu dengan kata-kata
Wahai Anak Adam, aku adalah rumah yang sengsara, aku adalah rumah yang bakal meninggalkan kamu keseorangan, aku adalah rumah yang gelap, aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking.
Oleh itu, makmurkan (dengan amal soleh), dan janganlah engkau roboh daku.

(petikan Hadis Qudsi Kitab imam al Ghazali; al mawa'iz Fil Ahadis al Qudsiah)






Friday, February 3, 2012

Hadis Qudsi - Malu Allah Pada Hamba Nya

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

Barangsiapa yang seawal-awal lagi dalam keadaan 
dukacita terhadap dunia, tidak akan dia bertambah hampir kepada Allah melainkan semakin jauh, tidak akan bertambah didunia melainkan keletihan, tidak akan bertambah diakhirat melainkan kepayahan. Allah akan mencampakkan rasa dukacita yang berterusan, kesibukan, tiada kerehatan, kefakiran, tidak memperolehi kekayaan dan angan-angan yang memanjang kedalam hati nya.

Wahai Anak Adam: 

Setiap hari berkurangan umur mu sedangkan engkau tidak menyedarinya, setiap hari Aku memberi rezeki kepada mu tetapi engkau lupa untuk memuji Ku. Tidak memadai bagimu apa yang sedikit, tidak pula engkau merasa puas terhadap apa yang banyak.

Wahai Anak Adam;

Tidak ketinggalan satu hari pun melainkan datang daripada Ku rezki untukmu tetapi, pada malam harinya aku didatangi oleh malaikat membawa amalan kejahatan mu, engkau memakan rezeki Ku, kemudian engkau membalasnya dengan menderhaka kepadaKu, engkau memohon dariKu, lalu Aku perkenankan permohonan mu. Kebaikan dariKu sentiasa mengalir kepadamu, dan kejahatan darimu sampai kepada Ku.

Sesungguhnya, Aku adalah sebaik-baik Tuan kepada mu, dan engkau adalah sejahat-jahat hamba kepadaKu, engkau menanggalkan daripadaKu apa yang Aku berikan kepadamu, Aku tutup kejahatan demi kejahatan mu, Aku malu terhadapmu tapi engkau berasa tidak malu denganKu, engkau melupakan-Ku dan mengingati selain dariKu, engkau merasai takut pada manusia tetapi merasa aman terhadapKu, engkau merasa gentar dengan marahnya manusia tetapi engkau merasa aman terhadap murka Ku

(petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali; al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)






Wednesday, January 18, 2012

Hadis Qudsi - Cinta Allah Pada HambaNya

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah berfirman : Barangsiapa yang memusuhi kekasih Ku, maka Aku istiharkan perang dengan nya. Tiada sesuatu yang lebih Aku sukai dari hamba Ku, melainkan dia mengerjakan amalan yang Aku wajibkan kepada nya, untuk mendekatkan diri kepada Ku. Dan hamba Ku selalu mengerjakan amalan-amalan sunah untuk mendekatkan diri kepada Ku sehingga aku mencintainya. Apabila aku menyintai nya, maka Aku merupakan pendengaran yang dia pergunakan untuk mendengar nya. Aku merupakan penglihatan yang dia pergunakan untuk melihat. Aku merupakan tangan yang dia pergunakan untuk bertindak, Aku adalah kakinya, yang dia pergunakan untuk berjalan. Andainya dia meminta sesuatu kepada Ku, pastilah aku tunaikan, jika dia meminta perlindungan kepada Aku, nescaya Aku beri perlindungan untuknya.

(hadis riwayat Bukhari:: dari kitab Shahih Riyadhus Shalihin Imam Nawawi)






Friday, January 13, 2012

HADIS QUDSI - Amaran dan Ajaran Allah

Berfirman Allah Taala yang bermaksud;

Aku naik saksi terhadap zat-Ku sendiri bahawa sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Aku yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Ku dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku. 

Barangsiapa yang tidak reda di atas ketentuan Ku, tidak sabar atas ujian yang Aku timpakan, tidak bersyukur atas nikmat-nikmat Ku, dan tidak memadai dengan pemberian Ku, maka sembahlah tuhan selain dari Aku. Barangsiapa yang seawal-awalnya lagi dengan perasaan dukacita terhadap kehidupan dunia nya, seumpama dia seawal-awalnya lagi didalam keadaan memarahi Ku. Barangsiapa yang membantah musibah yang Aku berikan kepadanya, sesungguhnya dia telah membantah Ku. 

Barangsiapa yang bertemu dengan orang kaya, lalu merendah diri kerana kekayaannya, maka terkeluar 2/3 daripada agamanya. Barangsiapa yang memukul mukanya kerana meratapi mayat, seolah olah dia mengambil panah untuk membunuhKu. Barangsiapa yang mematahkan kayu di atas kuburan kerana meratapi kematian, seolah olah dia telah menghancurkan pintu Ka'abah Ku dengan tangannya. Barang siapa yang tidak menghiraukan dari mana dia memperolehi makanan (halal atau haram), maka Allah tidak menghiraukan juga untuk memasukkan dia melalui mana-mana pintu neraka.

Barangsiapa yang tidak meningkatkan agamanya, maka dia orang yang kurang, barang siapa yang kurang, maka mati itu lebih utama baginya. Barangsiapa yang mengamalkan apa-apa yang dia tahu, nescaya Allah akan mengurniakan nya ilmu yang dia tidak tahu. Barang siapa yang panjangkan angan-angan nya, tidak akan ikhlas amalan nya.

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil ahadis ai-Qudsiah) 





Sunday, December 4, 2011

Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan


Jika kau menangis kerana kehilangan kekasihmu
ingatlah, engkau dulu mempunyai kekasih
sedangkan berapa ramai insan tak pernah merasa apa itu cinta

Jika kau menangis kerana kehilangan ayah dan ibu
ingatlah berapa ramai insan yang tak pernah merasai kehadiran ibu dan ayah disisi...
malah tidak pernah kenal siapa ibu dan ayah mereka

Jika kau menangis kerana kehilangan anakmu yang telah pergi dahulu
ingatlah berapa ramai insan yang tidak dikurniakan zuriat...
sedangkan kau pernah merasa nikmatnya mempunyai zuriat walaupun cuma seketika

Jika kau menangis kerana kehilangan suami atau isteri 
ingatlah berapa ramai yang tidak pernah merasa nikmatnya bersuami atau beristeri...
sedangkan kau pernah merasa nikmatnya berumahtangga

Jika kau merasa pahitnya kembali keseorangan
ingatlah berapa ramai yang tidak pernah merasa nikmatnya berteman...
sedangkan kau pernah merasa nikmatnya hidup berteman

Jika kau merasa betapa merana hidup tanpa harta yang banyak
Ingatlah berapa ramai yang tidak berharta dan tidak pernah merasa nikmatnya berharta 
sedangkan kau pernah merasa nikmatnya berharta.

Ingatlah Sahabatku,

Jika kau merasa kehilangan seseorang, ketahuilah,  Allah dan rasulNya mencintai mu,  hanya kita yang tak tahu. Cinta Allah dan RasulNya, itulah cinta sejati. Allah dan RasulNya tidak akan sesekali akan meninggalkanmu, menjauhi diri darimu dan mengecewakan kamu.   

Jika kau merasa jiwa mu kosong, ketahuilah oleh mu, Allah yang Maha Agong adalah tempat untuk mu mengadu, tempat bagi mu merayu, tempat bagimu memohon. Sesungguhnya Demi Asma ul Husna - Rabb Yang memiliki nama yang Mulia, Allah hampir denganmu, Firman ALLAH  "AKU HAMPIR DENGANMU LEBIH DARI URAT LEHERMU".  (SURAH QAF AYAT 16).. sembah dan taatlah perintahNya ...pasti hidupmu bahagia  di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Sahabatku..... Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?

"Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah bertanya kepada manusia dan makhluknya dengan pertanyaan, “Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?”

Abu Iemranz
4 Disember 2011
8 Muharram 1433H

Monday, November 28, 2011

KEPADAMU KEKASIH

Kekasih ku
Wajah mu bagai bulan purnama, seri tiada tandingannya
Senyummu adalah tawa mu, pasti tertawan
Mata mu dihiasi dengan Alis yang menawan
Rambut mu ikal mayang terurus rapi
Tubuh mu idaman setiap insan
Tutur kata mu bagai mutiara menjadi pedoman
Engkau lah sebaik-baik ciptaan Tuhan

Kekasih ku
Kau menyayangi semua makhlukNya
Apatah lagi Hamba Nya
Jiwamu suci bersih..Tiada noda...tiada dosa
Kau banyak menangis dari ketawa
sedangkan aku banyak ketawa dari menangis
kau selalu mengingati..sedangkan aku jarang mengingatimu
Terkadang aku melupai mu
Maafkan aku kekasih ku

Kekasih ku..
aku menyayangimu lebih dari orang tuaku
aku menyayangimu lebih dari insan lain
bagiku.. kaulah segala galanya
aku rindu padamu
aku sayang padamu
aku cinta padamu
aku perlukan mu wahai kekasih ku
aku ingin selalu bersama mu
aku malu untuk mengaku kau adalah kekasih ku
sedangkan aku sering lupa pada mu kekasih ku
maafkan aku wahai Kekasih
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
Selawat serta salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kekasih ku



Thursday, November 10, 2011

MENGINGATI MATI



Hidup di dunia ini tidaklah selamanya. Akan datang masanya kita berpisah dengan dunia berikut isinya. Perpisahan itu terjadi saat kematian menjemput, tanpa ada seorang pun yang dapat menghindar darinya. Karena Ar-Rahman telah berfirman:  كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ maksudnya “Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35). 
Allah berfirman:  أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ maksudnya “Di mana saja kalian berada, kematian pasti akan mendapati kalian, walaupun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” (An-Nisa`: 78).

Kematian akan menyapa siapa pun, baik ia seorang yang shalih atau durhaka, seorang yang turun ke medan perang ataupun duduk diam di rumahnya, seorang yang menginginkan negeri akhirat yang kekal ataupun ingin dunia yang fana, seorang yang bersemangat meraih kebaikan ataupun yang lalai dan malas. Semuanya akan menemui kematian bila telah sampai ajalnya, karena memang: كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ “Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26).

Mengingat mati akan melembutkan hati dan menghancurkan ketamakan terhadap dunia. Karenanya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan galakan untuk banyak mengingatnya. Beliau bersabda dalam hadits yang disampaikan sahabatnya yang mulia Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu: أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ “Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelazatan (yakni kematian).” (HR. At-Tirmidzi no. 2307, An-Nasa`i no. 1824, Ibnu Majah no. 4258. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata tentang hadits ini, “Hasan shahih.”).

Dalam hadits di atas ada beberapa faedah:

- Disunnahkannya setiap muslim yang sehat ataupun yang sedang sakit untuk mengingat mati dengan hati dan lisannya, serta memperbanyak mengingatnya hingga seakan-akan kematian di depan matanya. Karena dengannya akan menghalangi dan menghentikan seseorang dari berbuat maksiat serta dapat mendorong untuk beramal ketaatan.

- Mengingat mati di kala dalam kesempitan akan melapangkan hati seorang hamba. Sebaliknya, ketika dalam kesenangan hidup, ia tidak akan lupa diri dan mabuk kepayang. Dengan begitu ia selalu dalam keadaan bersiap untuk “pergi.” (Bahjatun Nazhirin, 1/634).

Ucapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas adalah ucapan yang singkat dan ringkas, “Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelazatan (kematian).” Namun padanya terkumpul peringatan dan sangat mengena sebagai nasihat, karena orang yang benar-benar mengingat mati akan merasa tiada berartinya kelezatan dunia yang sedang dihadapinya, sehingga menghalanginya untuk berangan-angan meraih dunia di masa mendatang. Sebaliknya, ia akan bersikap zuhud terhadap dunia. Namun bagi jiwa-jiwa yang keruh dan hati-hati yang lalai, perlu mendapatkan nasihat panjang lebar dan kata-kata yang panjang, walaupun sebenarnya sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ “Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelezatan (yakni kematian).”  disertai firman Allah SWT: كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ “Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati,” sudah mencukupi bagi orang yang mendengar dan melihat.

Alangkah bagusnya ucapan orang yang berkata: اذْكُرِ الْمَوْتَ تَجِدُ رَاحَةً، فِي إِذْكَارِ الْمَوْتِ تَقْصِيْرُ اْلأَمَلِ “Ingatlah mati niscaya kau kan peroleh kelegaan, dengan mengingat mati akan pendeklah angan-angan.” 

Adalah Yazid Ar-Raqasyi rahimahullahu berkata kepada dirinya sendiri, “Celaka engkau wahai Yazid! Siapa gerangan yang akan menunaikan shalat untukmu setelah kematianmu? Siapakah yang mempuasakanmu setelah mati? Siapakah yang akan memintakan keridhaan Rabbmu untukmu setelah engkau mati?” Kemudian ia berkata, “Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian menangis dan meratapi diri-diri kalian dalam hidup kalian yang masih tersisa? Duhai orang yang kematian mencarinya, yang kuburan akan menjadi rumahnya, yang tanah akan menjadi permadaninya dan yang ulat-ulat akan menjadi temannya… dalam keadaan ia menanti dibangkitkan pada hari kengerian yang besar. Bagaimanakah keadaan orang ini?” Kemudian Yazid menangis hingga jatuh pingsan. (At-Tadzkirah, hal. 8-9). 

Sungguh, hanya orang-orang cerdas cendikialah yang banyak mengingat mati dan menyiapkan bekal untuk mati. Shahabat yang mulia, putra dari shahabat yang mulia, Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma mengabarkan, “Aku sedang duduk bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala datang seorang lelaki dari kalangan Anshar. Ia mengucapkan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu berkata, ‘Ya Rasulullah, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’ ‘Mukmin manakah yang paling cerdas?’, tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:
أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ أَكْيَاسٌ “Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.” (HR. Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384).

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu berkata, “Ad-Daqqaq berkata, ‘Siapa yang banyak mengingat mati, ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: bersegera untuk bertaubat, hati merasa cukup, dan giat/semangat dalam beribadah. Sebaliknya, siapa yang melupakan mati ia akan dihukum dengan tiga perkara: menunda taubat, tidak ridha dengan perasaan cukup dan malas dalam beribadah. Maka berpikirlah, wahai orang yang tertipu, yang merasa tidak akan dijemput kematian, tidak akan merasa sekaratnya, kepayahan, dan kepahitannya. Cukuplah kematian sebagai pengetuk hati, membuat mata menangis, memupus kelezatan dan menuntaskan angan-angan. Apakah engkau, wahai anak Adam, mau memikirkan dan membayangkan datangnya hari kematianmu dan perpindahanmu dari tempat hidupmu yang sekarang?” (At-Tadzkirah, hal. 9). 

Bayangkanlah saat-saat sakaratul maut mendatangimu. Ayah yang penuh cinta berdiri di sisimu. Ibu yang penuh kasih juga hadir. Demikian pula anak-anakmu yang besar maupun yang kecil. Semua ada di sekitarmu. Mereka memandangimu dengan pandangan kasih sayang dan penuh kasihan. Air mata mereka tak henti mengalir membasahi wajah-wajah mereka. Hati mereka pun berselimut duka. Mereka semua berharap dan berangan-angan, andai engkau bisa tetap tinggal bersama mereka. Namun alangkah jauh dan mustahil ada seorang makhluk yang dapat menambah umurmu atau mengembalikan ruhmu. Sesungguhnya Dzat yang memberi kehidupan kepadamu, Dia jugalah yang mencabut kehidupan tersebut. Milik-Nya lah apa yang Dia ambil dan apa yang Dia berikan. Dan segala sesuatu di sisi-Nya memiliki ajal yang telah ditentukan. 

Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu berkata, “Tidaklah hati seorang hamba sering mengingat mati melainkan dunia terasa kecil dan tiada berarti baginya. Dan semua yang ada di atas dunia ini hina baginya.” 

Adalah ‘Umar bin Abdil ‘Aziz rahimahullahu bila mengingat mati ia gementar seperti gementarnya seekor burung. Ia mengumpulkan para ulama, maka mereka saling mengingatkan akan kematian, hari kiamat dan akhirat. Kemudian mereka menangis hingga seakan-akan di hadapan mereka ada jenazah. (At-Tadzkirah, hal. 9).

Tentunya tangis mereka diikuti oleh amal shalih setelahnya, berjihad di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan bersegera kepada kebaikan. Berbeza halnya dengan keadaan kebanyakan manusia pada hari ini. Mereka yakin adanya syurga tapi tidak mau beramal untuk meraihnya. Mereka juga yakin adanya neraka tapi mereka tidak takut. Mereka tahu bahwa mereka akan mati, tapi mereka tidak mempersiapkan bekal. Ibarat ungkapan penyair:

Aku tahu aku kan mati namun aku tak takut
Hatiku keras bak sebongkah batu
Aku mencari dunia seakan-akan hidupku kekal
Seakan lupa kematian mengintai di belakang
Padahal, ketika kematian telah datang,
tak ada seorangpun yang dapat mengelak dan menundanya.

فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ “Maka apabila telah tiba ajal mereka (waktu yang telah ditentukan), tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukannya.” (An-Nahl: 61).

وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila telah datang ajal/waktunya.” (Al-Munafiqun: 11).

Wahai betapa meruginya seseorang yang berjalan menuju alam keabadian tanpa membawa bekal. Janganlah engkau, wahai jiwa, termasuk yang tak beruntung tersebut. Perhatikanlah peringatan Rabbmu: وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدْ “Dan hendaklah setiap jiwa memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).” (Al-Hasyr: 18). 

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullahu menjelaskan ayat di atas dengan menyatakan, “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, dan lihatlah amal shalih apa yang telah kalian tabung untuk diri kalian sebagai bekal di hari kebangkitan dan hari diperhadapkannya kalian kepada Rabb kalian.” (Al-Mishbahul Munir fi Tahdzib Tafsir Ibni Katsir, hal. 1388). 

Janganlah engkau menjadi orang yang menyesal kala kematian telah datang karena tiada berbekal, lalu engkau berharap penangguhan. 
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلاَ أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ  “Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kalian sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kalian, lalu ia berkata, ‘Wahai Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan kematianku sampai waktu yang dekat hingga aku mendapat kesempatan untuk bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang shalih?’.” (Al-Munafiqun: 10).

Karenanya, berbekallah! Persiapkan amal shalih dan jauhi kedurhakaan kepada-Nya! Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab. 

Dipetik dan diedit dari tulisan saudari ~"Adinda Rossita Khumairah Najwa"~