بسم الله الرحمن الرحيم
Saudara-saudaraku sekalian.
Syukur kita kehadrat Ilahi kerena memanjangkan usia kita sehingga kita bertemu lagi Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini. Bulan yang penuh dengan keberkatan, keampunan dan dijauhkan dari azab api neraka. Pada satu malam di bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar. Kita dituntut untuk banyak berdoa pada malam ini. Nabi s.a.w. apabila ditanya oleh Saiditina Aisyah r.a. apakah yang harus diperbuat bila berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, Baginda menjawab, “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Kalau kita mengamalkan doa ini pada setiap malam di malam Ramadhan, Insyaallah kita akan dapat berjumpa dengan Malam Qadar tersebut, jadi berdoalah.