Muslim Yang Berkualiti:
- Seorang Muslim itu hanya berserah diri kepada Allah semata mata dan beliau juga mengikuti syariat yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam (s.a.w)
- Seorang Muslim sentiasa memelihara lidah dan tangannya dari perbuatan keji dan mungkar.
- Beliau juga sentiasa menjaga hak dan keselamatan jiran tetangganya.
- Seseorang yang jiwa dan raga hanya menurut ajaran Islam dan jika berlaku sebaliknya maka ia tergolong dalam kalangan orang munafik.
- Hatinya adalah mengikut akalnya dan tindakannya adalah mengikut hatinya. Jika sekiranya fikiran beliau tidak stabil maka segala tindakan yang diambil tidak akan mengikut ajaran Islam.
- Mulutnya sentiasa dibasahi dengan mengingati Allah (berzikir)
- Beliau memelihara amanah dan perjanjiaannya.
- Seorang yang sangat takut dibenci oleh Penciptanya dan amat mengharapkan rahmatNya
- Sentiasa menjauhi apa yang ditegah oleh Allah dan menyukai apa yang disukaiNYa
- Seorang Muslim memiliki kebijaksanaan. Luqman a.s. ditanya bagaimana memperolehi kebijaksanaan dan inilah nasihat beliau," Janganlah berbicara tentang sesuatu yang tidak memberi faedah kepadamu, janganlah melibatkan dirimu dengan sesuatu yang tidak berkaitan denganmu". Amalan sebegini akan meningkatkan keabdianmu kepada Allah s.w.t dan membuka lorong untuk berhubung antara hamba dan penciptaNya. Nabi s.a.w bersabda "tinggalkan apa-apa yang tak berkaitan denganmu".
- Seorang muslim akan sentiasa mengelakkan dari berbicara yang sia sia kerana perbuatan tersebut akan mengakibatkan hati menjadi keras dan sukar menerima nasihat.
- Seorang muslim tahu hak seorang muslim kepada muslim yang lain dan beliau sentiasa memenuhi hak hak tersebut.
- Seorang muslim yang sejati sentiasa berusaha menguatkan hubungannnya dengan penciptanya.
Wahai teman teman ku, marilah bersama kita menjadi Muslim yang sebenar, Insyaallah
Abu Iemranz
9 Rejab 1432