Saturday, September 10, 2011

Mukmin


wahai orang orang yang beriman
Kita seringkali membaca ayat di atas di dalam Al-Quran. Orang beriman atau mukmin ialah orang yang beriman dengan seluruh rukun Iman (percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Kitab, percaya kepada Rasul, percaya kepada hari kiamat  dan percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah).

Kualiti Seorang Mukmin
          
Seorang mukmin yang sebenar mempunyai kualiti sebagai seorang Islam sejati. Seorang sarjana menyatakan semua muslim adalah anugerah, dia memberi faedah kepadamu jika kamu mencarinya, berkongsi dengannya, berbincang dengannya ataupun berjalan dengannya.Jika kamu memerlukannya, dia sentiasa berada di sisimu. Sarjana lain pula mengatakan seorang mukmin adalah bila dia berbicara dengan mu dia akan berbicara dengan bijaksana dan kebaikan nya melebihi keburukannya.

Antara ciri-ciri seorang Mukmin adalah:

  • Seorang Mukmin kurang bercakap dan banyak beramal, manakala seorang hipokrit , dia lebih banyak bercakap daripada beramal
  •  Wajah seorang Mukmin sangat senang ditatapi dan mengingatkan kita pada Allah.
  • Seorang yang sentiasa menyembunyikan rasa sedih dan pilunya dari diketahui oleh orang lain 
  • Nafsunya sentiasa dikawal.
  • Menyembunyikan kebenciannya dan tak berbicara mengenainya.
  • Masa baginya amat bernilai dan tidak disia-siakan
  • Dia berjalan dengan rendah diri bukan dengan sombong dan penuh keegoaan.
  • Bila tersenyum, menunjukkan ketenangan dan kemesraan.
  • Jika diajukan persoalan, dia menjawab dengan bijak dan dapat memuaskan soalan kamu itu.
  • JIka berdebat atau berhujah, dia akan mengekalkan rasa hormat dan maruah.
  • Seorang Mukmin tidak kedekut atau kikir.
  • Dia sentiasa tenang
  • Tidak menunjukkan kesombongan diri dan kemarahan.
  • Seorang Mukmin tidak akan bertengkar
  • Jika seseorang membuatkan beliau marah, dia akan mengawal diri dan bertindak dengan waras tanpa menyakiti sesiapapun jua.
  • Dia memuliakan para sahabatnya.
  • Bila dia berjanji dia akan menepatinya.
  • Cara berjalan atau bercakap, beliau menunjukkan rasa sayang pada semua makhluk.
  • Dia memaafkan semua kesalahan dan dosa orang lain.
  • Seorang Muslim adalah sentiasa bersyukur pada tuhannya.
  • Dia tidak mengikuti kehendak nalurinya semata mata hanya berdasarkan ajaran Rasullullah dan kehendak Tuhannya.
  • Dia tidak menginaya orang yang menginayakannya.
  • Beliau hanya peduli pada halnya sahaja dan tidak memperdulikan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya.
  • Apabila dia dihina atau dimaki, beliau tidak bertindak balas dan apabila dia disakiti beliau tidak akan membalasnya dan bersabar.
  • Beliau tidak akan mengumpat mengadu domba dan melakukan kesalahan dan dosa dengan lidahnya.
  • Seorang Mukmin mempunyai personaliti yang baik dan lurus dan beliau hanya bimbang tentang hari akhirat.
Bagaimana Saudara sekelian, dapatkah kita mempunyai ciri-ciri tersebut diatas, bersamalah kita memulakan langkah ini untuk menjadi seorang Mukmin yang sebenar-benarnya, Insyaalah