Sunday, September 30, 2012

SUJUD TILAWAH




Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
(Riwayat: Bukhari dan Muslim).

Tilawah ertinya bacaan jadi, Sujud Tilawah bermaksud "sujud bacaan". Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud. Ayat ini disebut ayat sajdah, dan sujudnya disebut "Sujud Tilawah".

Sujud Tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat tetapi juga di luar solat. Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmum tidak perlu bersujud kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam, iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

Sujud Tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya ketika sedang di jalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka tidak diharuskan sujud ketika itu juga kerana hanya untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.

Ayat sajdah itu ialah di dalam surah-surah as-Sajdah:15, al-A'raaf: 206, ar-Ra'd: 15, an-Nahl: 49, al-Israa': 107, Maryam: 58, al-Haj: 18, al-Furqaan: 60, an-Naml: 25, Fussilat: 38, al-'Alaq:19, an-Najm: 62, Insyiqaaq: 21, Saad: 24.

Cara melakukan sujud sajdah diluar solat menurut mazhab Syafi'e, ialah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud, dan membaca ayat seperti yang tertera dibawah. Ketika didalam solat pula, cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud, dan membaca bacaan seperti yang tertera dibawah (didalam sujud), setelah itu berdiri semula, dan meneruskan bacaan seterusnya.

Bacaan Sujud Tilawah:

سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

"Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang membentuknya, yang membentuk pendengarannya dan penglihatannya, Maha Suci Allah, Sebaik-baik Pencipta."



Wednesday, September 26, 2012

Al-Fatihah


Dari Abu Hurairah ra, Nabi S.A.W bersabda, “Barang siapa yang mengerjakan solat tanpa membaca Ummul Kitab, maka solatnya cacat, tidak sempurna". Abu Hurairah ditanya, “Bagaimana kalau kita menjadi makmum?” Dia menjawab, “Bacalah Ummul Kitab didalam hatimu saja kerana saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku bahagikan separuh-separuh solat itu untuk Ku dan hambaKu, dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta.”

Apabila hamba-Ku mengucapkan الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين (segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), maka Allah SWT berfirman, “Hambaku telah memuji Ku”

Apabila hamba Ku mengucapkan الرَّحمـنِ الرَّحِيم (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), maka Allah SWT menjawab, “HambaKu telah menyanjung Ku”

Apabila hamba Ku mengucapkan مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين (Yang menguasai hari pembalasan), maka Allah SWT menjawab, ‘Hambaku berserah diri kepadaKu”

Apabila hamba Ku mengucapkan إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين (Hanya kepadaMu kami mengabdi dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan), maka Allah SWT menjawab, “Ini antara Aku dan hambaKu, hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.”

Apabila hamba Ku mengucapkan اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين (Tunjukkan kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat keatas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang tersesat) maka Allah SWT menjawab, “Ini untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas yang dia minta.”
(HR Muslim)

Sunday, September 23, 2012

Doa Sujud - Invocations During Sujud



سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى
Maha Suci Tuhanku, Yang Maha Tinggi
(HR Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasa'i, At-Tirmizi, and Ahmad. Sahih At-Tirmizi)

"سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي".
Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan kami, aku memuji Mu. Ya Allah, ampunlah dosaku 
(HR Bukhari and Muslim)

"سُبُّوحٌ، قُدُّسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ".
Engkau Tuhan Yang Maha Suci, Maha Agung, Tuhan para malaikat dan Jibrail
(HR Muslim)

اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ، سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ، وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، تَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Ya Allah, untuk Mu aku bersujud, kepada Mu aku beriman, kepada Mu aku menyerahkan diri, wajah ku bersujud kepada Tuhan yang menciptanya, yang membentuk rupanya, yang membelah (memberikan) pendengarannya, penglihatannya, Maha suci Allah, sebaik- baik Pencipta. 
(HR: Muslim)

"سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرْوتِ، وَالْمَلَكُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ، وَالْعَظَمَةِ".
Maha Suci Tuhan yang memiliki Keperkasaan, Kerajaan, Kebesaran dan Keagungan 
(HR: Abu Daud , An-Nasa'i, Ahmad)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ
Ya Allah, ampunkan semua dosaku, yang kecil dan besar, yang dahulu dan yang akan datang, yang ku lakukan secara terang-terangan dan yang tersembunyi 
(HR: Muslim)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مَنْ عُقُوبَتِكَ، وَاَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لَا أُحصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dengan keredhaan Mu dari kebencian Mu, dan dengan keselamatan Mu (agar terhindar) dari siksaan Mu, aku berlindung dengan Mu, aku tidak dapat mengira segala pujian kepadaMu, Engkau (dengan kebesaran dan keagunganMu) adalah sebagaimana pujian Mu kepada diriMu
(HR: Muslim)

Dipetik dari KUMPULAN DOA dari Al Quran Dan Hadits oleh Syeikh Sa'id Bin Wahf Al Qahthani
 

Thursday, September 20, 2012

Doa Duduk Antara Dua Sujud - Invocations for sitting between two prostrations


"رَبِّ اغْفِرْ لِي رَبِّ اغْفِرْ لِي".
Lord, forgive me. My Lord, forgive me.
Wahai Tuhanku ampunkan aku,  Wahai Tuhanku ampunkan aku
HR: Abu Daud

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَاجْبُرْنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي، وَارْفَعْنِي

O Allah forgive me, have mercy on me, guide me, support me, protect me, provide for me and elevate me.
Ya Allah, ampunilah daku, rahmati daku, cukupkan daku, selamatkan daku, berikan daku rezeki dan angkatkanlah darjatku.
HR: Abu Daud, Ibn Majah, At-Tirmizi.

Dipetik dari KUMPULAN DOA dari Al Quran Dan Hadits Karya Syeikh Sa'id Bin Wahf Al Qahthani



Wednesday, September 19, 2012

Iktidal-Invocations for rising from the Ruku



"سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ".
Allah mendengar sesiapa yang memujiNya.
(H.R Bukhari).

"رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْداً كَثِيراً طَيِّباً مُبَارَكاً فِيهِ".
Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian, aku memujiMu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan berkah.
(HR Bukhari)

مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ اْلأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ. أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ. اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.
(Aku memuji Mu dengan) pujian yang sepenuh langit, dan pujian yang sepenuh bumi, sepenuh apa yang di antara keduanya, sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Wahai Tuhan yang layak dipuji dan diagungkan, Yang paling berhak dikatakan oleh seorang hamba, dan kami seluruhnya adalah hamba Mu. Ya Allah, tidak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada pula yang dapat memberi apa yang Engkau halang, tidak bermanfaat kekayaan bagi orang yang memilikinya (kecuali iman dan amal shalih nya), hanya dari-Mu kekayaan itu.
HR Muslim 1/346.

Dipetik dari buku KUMPULAN DOA dari Al Quran Dan Hadits oleh Syeikh Sa'id Bin Wahf Al Qahthani.

Wednesday, September 12, 2012

DOA RUKU' - Invocations During Ruku' - (bowing in prayer)



."سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ"
Maha suci Allah, Yang Maha Agung
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasa'i, At-Tirmizi, and Ahmad.)

"سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي".
Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhanku dan dengan pujian ku untukMu, Ya Allah ampunilah dosa dosaku
(Hadis Riwayat : Bukhari , Muslim)

"سُبُّوحٌ، قُدُوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ".
Engkau Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan para Malaikat dan Jibrail
(Hadis Riwayat : Muslim , Abu Daud )

 "اللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ خَشَعَ لَكَ سَمْعِي، وَبَصَرِي وَمُخِّي، وَعَظْمِي، وَعَصَبِي، وَمَا اسْتَقَلَّ بِهِ قَدَمِي".
Ya Allah untukMu aku ruku', KepadaMu aku beriman, KepadaMu aku berserah, pendengaran ku, penglihatanku, otakku, tulangku, saraf ku dan apa yang berdiri diatas dua tapak kaki ku, telah menunduk dengan khusyuk kepadaMU
(Hadis Riwayat : Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i and At- Tirmizi.)

"سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ، وَالْمَلَكُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ، وَالْعَظَمَةِ".
Maha Suci Allah, yang memiliki Kekuasaan, Kerajaan, Kebesaran dan Keagungan.
(Hadis Riwayat : Abu Daud , An-Nasa'i and Ahmad.)

Dipetik dari KUMPULAN DOA dari Al Quran Dan Hadits oleh Syeikh Sa'id Bin Wahf Al Qahthani





Tuesday, September 4, 2012

DOA IFTITAH


Dari Ibnu Umar r.a. katanya, ketika kami sedang solat bersama Rasulullah s.a.w tiba tiba seorang lelaki dalam jemaah membaca اللهُ أَكْبَرُ كَبِيراً وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرً ا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً Maka bertanya Rasulullah s.a.w., "Siapakah yang membaca kalimat tadi?" Jawab lelaki itu, "Aku Ya Rasulullah!" Sabda Nabi s.a.w. "Aku kagum terhadap kalimat itu, kerananya dibukakan semua pintu langit." Kata Ibnu Umar. "Aku tidak pernah lupa membacanya sejak aku mendengar Rasulullah s.a.w. membacanya". (HR Muslim).

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيراً وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
Allah Maha Besar lagi sempurna kebesaranNya, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. Sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dengan memegang agama yang lurus dan aku tidak tergolong orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya, sembahyang ku, ibadat ku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan karena itu, aku diperintah dan aku termasuk orang-orang muslim. 

Antara Doa Iftitah lain yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w.; 

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَكَمَا ، يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَ بْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وّالْمَاءِ وَالْبَرَدِ. 

Ya Allah, jauhkan aku dan kesalahan-kesalahan ku, sebagaimana Engkau menjauhkan antara Timur dan Barat. Ya Allah, sucikan ku dan kesalahan-kesalahan ku, sebagaimana baju putih yang dibersihkan dari kekotoran. Ya Allah, bersihkan kesalahan-kesalahan ku, dengan salju, air dan air sejuk.(Muttafa' Alaihi-Al-Bukhari 1/181, Muslim 1/419). 

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Maha Suci Engkau Ya Allah, aku memuji Mu, Maha Berkah atas namaMu, Maha Tinggi Kekayaan dan KebesaranMu, Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Engkau. (H.R.Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasai, At-Tirmizi). 

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّموَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفاً وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بَذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعاً إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لأّحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.

Maksudnya: "Aku menghadapkan muka ku kepada Tuhan Pencipta langit dan bumi, dengan memegang agama yang lurus dan aku tidak tergolong orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya shalat ku, ibadatku dan hidupku serta matiku adalah untuk Allah. Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagi-Nya, dan karena itu, aku diperintah dan aku termasuk orang-orang muslim. Ya Allah, Engkau adalah Raja, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Engkau, engkau Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menganiaya diriku, aku mengakui dosaku (yang telah kulakukan). Oleh itu ampunkan seluruh dosaku. Sesungguhnya, tidak akan ada yang mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau. Tunjukkan aku pada akhlak yang terbaik, tidak akan menunjukkan padanya kecuali Engkau. Hindarkan aku dari akhlak yang jahat, tidak akan ada yang bisa menjauhkan aku daripadanya, kecuali Engkau. Aku penuhi panggilan Mu dengan kegembiraan, seluruh kebaikan di kedua tangan Mu, kejelekan tidak dinisbahkan kepadaMu. Aku hidup dengan pertolongan dan rahmat Mu, dan kepada Mu (aku kembali). Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Mu.". (HR Muslim 1/534). 

اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّماوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ. اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

"Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil. Wahai Pencipta langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan nyata. Engkau yang menjatuhkan hukum (untuk memutuskan) apa yang mereka (orang-orang Nasrani dan Yahudi) perselisihkan. Tunjukkanlah aku pada kebenaran apa yang di bezakan dengan izin dari Mu. Sesungguhnya, Engkau menunjukkan jalan yang lurus bagi orang yang Engkau kehendaki". (HR Muslim 1/534)


اللهُ أَكْبَرُ كَبِيراً، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيراً، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيراً، وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيراً, وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيراً, وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيراً, وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً (ثَلَاثاً ) أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ: مِنْ نَفْخِهِ، وَنَفْثِهِ، وَهَمْزِهِ.

"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak. Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang”. (Dibaca tiga kali). “Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan dari tiupan nya, bisikan nya dan godaan nya."
(HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad. Muslim juga meriwayatkan hadits sama dari Ibnu Umar, dan di dalamnya terdapat kisah 1/420)

"اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، [وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ] [وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ] [وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ] [لَكَ الْحَمْدُ] [أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ الْحَقُّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَى اللهُ عَلِيهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ] [اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَإِلّيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وّإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدّّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ] [أَنْتَ إِلَهِي لَا إِلَهَ إّلَّا أَنْتَ]". 

Apabila Nabi s.a.w solat tahajud di waktu malam, baginda membaca:

“Ya Allah, Bagi-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta seisi nya. Bagi-Mu segala puji, Engkau yang mengurusi langit dan bumi serta seisi nya. Bagi-Mu segala puji, Engkau Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta seisi nya. Bagi-Mu segala puji dan bagi-Mu kerajaan langit dan bumi serta seisi nya. Bagi-Mu segala puji, Engkau benar, janji-Mu benar, firman-Mu benar, bertemu dengan-Mu benar, Syurga adalah benar, Neraka adalah benar , para nabi adalah benar, Muhammad adalah benar (dari-Mu), peristiwa hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku kembali (bertaubat), dengan pertolongan-Mu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepada-Mu (dan dengan ajaran-Mu) aku jatuhkan hukum. Oleh karena itu, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang. Engkaulah yang awal dan yang akhir, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau”.
(HR Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkannya dengan ringkas 1/532)

Dipetik dari KUMPULAN DOA dari Al Quran Dan Hadits, Syeikh Sa'id Bin Wahf Al-Qahthani