Dari Abu Hurairah ra, Nabi S.A.W bersabda, “Barang siapa yang mengerjakan solat tanpa membaca Ummul Kitab, maka solatnya cacat, tidak sempurna". Abu Hurairah ditanya, “Bagaimana kalau kita menjadi makmum?” Dia menjawab, “Bacalah Ummul Kitab didalam hatimu saja kerana saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku bahagikan separuh-separuh solat itu untuk Ku dan hambaKu, dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta.”
Apabila hamba-Ku mengucapkan الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين (segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), maka Allah SWT berfirman, “Hambaku telah memuji Ku”
Apabila hamba Ku mengucapkan الرَّحمـنِ الرَّحِيم (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), maka Allah SWT menjawab, “HambaKu telah menyanjung Ku”
Apabila hamba Ku mengucapkan مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين (Yang menguasai hari pembalasan), maka Allah SWT menjawab, ‘Hambaku berserah diri kepadaKu”
Apabila hamba Ku mengucapkan إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين (Hanya kepadaMu kami mengabdi dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan), maka Allah SWT menjawab, “Ini antara Aku dan hambaKu, hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.”
Apabila hamba Ku mengucapkan اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين (Tunjukkan kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat keatas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang tersesat) maka Allah SWT menjawab, “Ini untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas yang dia minta.”
(HR Muslim)