Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
Wahai Anak Adam:
Beramal seperti yang Aku suruh dan tinggalkan seperti yang Aku larang, nescaya Aku akan menjadikan engkau hidup, dan tidak akan mati selama-lamanya. Aku hidup, dan tidak mati selama lamanya. Apabila Aku berkata, jadilah, maka akan terjadilah perkara tersebut.
Wahai Anak Adam:
Sekiranya perkataan mu baik, tetapi amalanmu keji maka engkaulah penghulu segala orang munafik. Sekiranya zahir mu baik, tetapi batin mu keji, maka engkau tergolong dalam golongan yang binasa. Mereka itu menipu Allah tetapi sebenarnya Allah yang menipu mereka. Tiada penipuan yang mereka rencanakan melainkan terhadap diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya.
Wahai Anak Adam:
Tidak akan masuk kedalam syurga melainkan mereka yang merendah diri terhadap kebesaran Ku, dan mengingati Ku setiap waktu, serta melawan nafsunya daripada ajakan syahwat, semata-mata keranaKu.
Sesungguhnya Aku pelindung orang dagang dan mententeramkan orang fakir, Aku memuliakan anak-anak yatim, Aku bagi mereka itu seorang bapa yang penyayang, Aku seperti suami, yang bertimbang rasa terhadap janda. Barangsiapa yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut, maka jadilah Aku ini yang memperkenankan baginya, apabila dia berdoa sesuatu, nescaya Aku akan memperkenankannya, apabila dia meminta kepada Ku nescaya Aku akan memberikannya.