Berfirman Allah Taala yang bermaksud
(petikan Hadis Qudsi Kitab imam al Ghazali; al Mawa'iz Fil Ahadis al Qudsiah)
Wahai Anak Adam:
Janganlah kamu melaknat makhluk, kerana laknat tersebut akan kembali semula kepadamu.
Wahai Anak Adam:
Telah teguh langit tanpa ada sebatang pun tiang di angkasa hanya dengan sekadar satu nama sahaja daripada nama nama Ku, tetapi hatimu tidak teguh walau dengan seribu pengajaran daripada kitabKu
Wahai manusia:
Sebagaimana batu tidak akan menjadi lembut didalam air, demikianlah peringatan tidak akan memberi kesan kepada hati yang keras
Wahai Anak Adam:
Bagaimana kamu mengaku bahawa kamu Hamba Allah, tetapi kemudiannya kamu menderhakai Nya?
Bagaimana kamu boleh meyakini bahawa kematian itu benar, sedangkan kamu mengingkarinya?
Kamu mengatakan dengan lidahmu perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya, kerana pada sangkaan mu ia adalah remeh, tetapi di sisi Allah ia adalah besar.